Pada perbincangan kali ini, penekanan konsep Komposisi cuba ditonjolkan oleh penulis dengan membahagikan kepada beberapa elemen iaitu Rules of Third, Lines, Balance & Frame.
1. Rules of Third
Metode ini menekankan konsep di mana objek yang jurugambar fokus berada satu pertiga daripada keseluruhan gambar yang bakal di ambil. Gambar pertama adalah foto seorang rakan cuba melompat dan berjaya dirakam melalui konsep ini.
 |
NIKON D3000 @ 55mm, f/6.3, 1/250, ISO 200 |
Manakala gambar bunga di bawah ini juga mematuhi konsep yang sama dimana memberi ruang kepada objek bukan pilihan untuk berada disamping objek pilihan / objek fokus.
 |
NIKON D3000 @ 24mm, f/5, 1/100, ISO 100 |
2. Balance
Elemen ini pula menekankan keperihalan keseimbangan objek dan elemen disekelilingnya. Berikut adalah gambar yang dipilih untuk Balance.
 |
NIKON D3000 @ 24mm, f/4, 1/160, ISO 100 |
 |
NIKON D3000 @ 24mm, f/5, 1/640, ISO 100 |
3. Frame
Elemen ini adalah penambah nilai kepada keunikan dan kecantikan gambar yang diambil. Frame yang dimaksudkan adalah berupa apa-apa objek yang memainkan peranan sebagai tetingkap untuk gambar kita.
 |
NIKON D3000 @ 55mm, f/16, 1/20, ISO 200 |
 |
NIKON D3000 @ 24mm, f/4, 1/500, ISO 100 |
4. Lines
Jalan raya atau laluan jambatan adalah mematuhi elemen lines; tidak kira ianya lurus atau bengkang-bengkok.
 |
NIKON D3000 @ 18mm, f/3.5, 1/1000, ISO 100 |
 |
NIKON D3000 @ 18mm, f/3.5, 1/1000, ISO 100 |
5. Simplicity
Adalah elemen yang menunjukkan keunikan sesuatu gambar. Gambar di bawah adalah contoh konsep simplicity di mana objek yang menjadi penentu adalah kerengga.
 |
NIKON D3000 @ 24mm, f/4, 1/40, ISO 100 |
 |
NIKON D3000 @ 24mm, f/4, 1/40, ISO 100 |
No comments:
Post a Comment