Tuesday, June 17, 2014

Refleksi Fotografi (Tugasan 1)

1. Apakah bahagian tugasan yang paling sukar untuk didemonstrasikan dalam gambar anda?

Tugasan 1 Bahagian 2 merupakan bahagian tugasan yng paling sukar untuk didemontrasikan dalam gambar saya. Ini kerana saya perlu mencari sudut padangan yang luarbiasa seperti birdview dan wormview. Saya menggunakan DSLR NIKON D3000 yang tidak mempunyai monitor LCD yang boleh dilaraskan mengikut kesesuaian situasi.
Berikut adalah gambar yang sukar untuk didemontrasikan:

NIKON D3000 @ 55mm, f5.6,1/1000 sec, ISO 100

Ini kerana objek yang saya pilih adalah objek yang bergerak dan sukar untuk mencari angle wormview atau birdview kerana kekangan tempat mengambil gambar. Jika silap percaturan, saya boleh jatuh ke dalam tasik itu. 

2. Apakah gambar difikirkan yang terbaik dalam kebanyakan gambar yang difoto sebelum ini?

NIKON D3000 @ 26mm, f4.2, 1/500 sec, ISO 100
Saya berpendapat gambar ini adalah yang terbaik kerana mempunyai elemen balance, frame dan simpicity. Gambar ini juga berjaya merakam dengan jelas keadaan itik yang sedang menngerakkan kepaknya. Untuk mendapat gambar yang statik seperti ini, pastikan shutter speed adalah laju.


3. Bagaimanakah tugasan ini mengubah cara pandangan anda semasa mengambil gambar?

Ia menjadikan saya lebih peka terhadap gambar yang saya ambil. Ini merupakan pengalaman pertama saya mempelajari dan menggunakan DSLR. Apa yang ilmu yang saya dapat adalah sangat berbaloi mengenai kombinasi pelbagai elemen terutama TIGA perkara utama iaitu Aperture, Shutter Speed dan ISO.

4. Pandangan lain sepanjang proses dijalankan.

Ribuan terima kasih kepada PM Dr J diatas kesudian menerima saya selaku pelajar kursus ini. Begitu juga dengan En. Puaat kerana banyak membanu dan tunjuk he

No comments:

Post a Comment